hari ni di tempat niaga angin ribut melanda, macam nak terbang ja payung. inilah dugaan di bulan puasa kepada peniaga-peniaga di bazaar Ramadhan. walau pun begitu ade juga di kalangan umat islam ang hadir untuk membeli judah berbuka mereka. Habis juga semua kuih mak setelah penat membuat 900 biji kuih karipap di sebelah pagi. ape pun kite kene bersabar dan berusaha dengan dugaan yang telah tuhan beri kan kepada kita. selamat berpuasa dan tabah menghadapi apa jua dugaan yang menimpa.
aktiviti harian, pendapat dan pemikiran sendiri. kalau salah tolong tegur dan betul kan :)
13 Ogos 2011 - Ribut Di Bazaar
image from http://archivo.laprensa.com.ni/archivo/especiales/galerias/fotos/1187572263.jpg
13 Ogos 2011 - Kentang
image from http://nuovefiabe.blogspot.com/2011/03/kentang-kalau-bakor-bakor-sedap-sangat.html
Seawal 4.30 pagi pp bangon tdo untk teman mak bersahur, biasa la mak tu takut nak bgn sorng-sorang, takot ade antoo kot hehe, mak makan roti jer, ni pon pp yang paksa mak bangon dan teman mak sebab mak da berapa hari tak sahur sebab pp memang la slalu tak bangon sebab tak boleh puasa dan adik pp pula datang bulan so takde sape nak teman mak bangon. Jadi mak macam kurang makan, nampak mak macam penat jer, yer la takde tenaga kan , buka puasa pon makan sikit jer. so now pp kene bagon untuk teman mak sahur dan pasti kan mak makan pagi dan berbuk puasa dengan secukupnya.
lepas teman mak pp tolong mak potong kentang pula. nak buat karipap macam biasa. biasanya mak potong sendiri kentang pp uli-uli tepung jer. so untk cepat kn proses pp tlg2 la sikit, so mak ley rest, tp mak ni buat lagi banyak pulak karipap so masa die rest takde, aduhai. ape-ape pon jom ler beli karipap mak pp hehee.
*Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
12 Ogos 2011 - Limau Bali
image from http://wisata.kompasiana.com/jalan-jalan/2010/09/15/jeruk-bali-di-malaysia/
harini mkn limau bali sebiji. pp suke limau bali, kalau makan tu bagai makan kacang ja. kalau nampak buah bali tu mesti terasa nak beli. walau pun harganya agak mahal tapi pp tetap nak juga.kulit die tebal btul la. susah nak buka hehe. walau pun begitu bila dah dapat kopek tu nikmat rasa buah tu sangat la best, fresh je. hehe
bercakap pasal puasa pula, harini karipap mak laku, penat juga la.ramai yang beli RM4. buka puasa macam biasa la roti john dan kat sebelah gerai mak orang tu tukar dari jual air kepada nasi beriani,. kenyang juga la. harap kawan-kawan lain pon dapat buka puasa dgengan berpada-pada.
*Buah limau bali bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung. Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.
11 Ogos 2011 - Roti John
Setiap kali tolong mak di bazaar ramadhan mesti lah Pp pon kene berlapar. Tapi dokter kate Pp tak boleh berlapar, mesti kene makan, jadi mak bagi pau die dan die beli kan air kelapa, makan dekat dalam kereta, risau juga kalau-kalau ada orang nampak. ye la ni kali pertama tak berpuasa. Tapi bila masa buka puasa ja pp makan lagi hehe. Hari-hari makan roti john mushroom cheese. sedap tau kat sini, cuma cheese die tak terasa sangat, dah macam wajib pulak makan roti john tu. Banyak orang jual roti john tapi roti john tu yang paling sedap. Kadang-kadang tu roti john biasanye kosong jer xde ape cme telur, bawang dan sos. Ape pon Pp suka roti john tu la.. selamat berpuasa.
10 Ogos 2011 - Banyaknyer Air
Gambar di ambil dari http://mejakerusi.wordpress.com/ (pinjam jap)
Setelah 10 hari berniaga dan kita berpuasa, Pp dah tak tau nak beli ape lagi kat bazaar Ramadhan di Fasa 3 Puncak Alam ni. Asyik-asyik beli rotijohn dgn ayam percik jer. Nak beli kuih sume mcm tak bebaloi sebab kecik sangat n tak sedap kot huhu. Disebab kan payung mak dikelilingi orang jual air je, kami hari-hari dapat 5 hingga 6 bungkus air bila waktu buka puasa, kembong gile kalau nak abis kan smua air tu. Ape pon terima kasih.
Mak punye kuih laku lagi hari ni. habis semuanya, ok la tu kan. terbongkok-bongkok juga la nak membungkus kuih. adik tak tolong sebab die pergi tusyen dari pukul 5 ptg - 9 mlm.Adik bengang lagi sebab cikgu tusyen die tangguh lagi nak bg hadiah handphone die ke minggu depan.dah brape kali tangguh dah.
10 Ogos 2011 - Salam Ramadhan
Susah juga nak amik masa untk update blog ni. kadang-kadang xde ape nak cerita pon. Hari-hari sama ja. Lagipun Pp takde keluar dari rumah. Setakat tolong-tolong mak jer kat bazar ramadhan. Jual kuih, sesiapa yang ade berdekatan dengan Puncak Alam mari la beli hehe. Esok Pp cerita ape-ape yang berlaku di bazar k. Nak komen-komen pasal orang yang lalu dekat depan payung bazar ramadhan Pp.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Permandangan panorama di puncak kedua Bukit Broga perjalanan ke puncak ke-3 Bukit Broga, juga dikenali sebagai Bukit Lalang yang di...
-
Pada April lepas Pp telah bekerja di Quality Hotel Shah Alam (QHSA) selama satu bulan. Ini adalah pengalaman buat petama kali bekerja...
-
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ini pihak SSM telah menwar-warkan mengenai mempebaharui lesen perniagaan dengan mudah melalu...