Photoshop dan Illustrator CS5


Dah beberapa Minggu Pp xde buat artwork, sebab Pp batru format PC so tak dapat wat artwork, CD CS4 da rosak, kene beli baru, nak beli Photoshop dan Illustrator CS5 pulak. Kedua2 software ni penting bagi Pp dalan proses buat artwork.

Photoshop CS5
Illustrator CS5
kenapa pp nak tukar kepada CS5? sbb CS5 lebih banyak funsi baru berbanding CS4, lagipon sekarang ni da muncul CS6, tp xpe la CS5 pon da memadai. Tak sabar nak sambung buat artwork semula.

Klick sini untk kelebihan Illustrator Dan Photoshop CS5

Percutian Yang Teruk

Muzium Terengganu

Masjid Crystal

Pantai batu burok
jumaat lepas kami sekeluarga ingin bercuti Terengganu iaitu tempat Mak Tiri Pp, ni bukan la idea Pp, idea ni secara tiba2 ja mak wat. jadi ikot kan aja. dari awal lagi memaang rase tak suka nak pegi sana. tp dalam hati xpe la, sekurang2nya boleh rapat ngn adik2 yg lain kat sana.

Malangnya tak ade ape yang menarik pon, sepanjang hari hanya duduk dalam rumah ja, smua org dalam rumah mcm nak layan tak layan ja, tapi beriya2 ajak datang. dalam hati sakit sangat, membazir tenaga, masa ngn duit je datang.

Bagun seawal 6 pagi, langsung tak ade sarapan. suruh org minom mkn tapi xde ape yg terhdang, takkan la nakkorek dapor rmah yg kite memang tak penah datang. mknn pon ntah ape2. Cadangnya nak stay sana hingga hari Selasa tapi sebab rasa tak selesa yang teramat sangat kami ambil keputusan untk balik sabtu malam.

Pasal Bapak yang x pandai jadi bapak tak payah la nak tunjuk yg diri tu bapak nak nasihat2. slama ni elok ddk ngn mak hidup aman tanpa nasihat die. Da naik menyampah. Tak payah ajak datang kalau tak tau nak sambut, melayan. banyak bende nak luah kan tp xpe..

harap dapat spent time ngn adik2 yang lain satu hari nnt dan bukan ngn mak bapak dorng. thanks

sebelum balik ke puncak alam imie (adik bawah pp yg lain mak) bawak pp n famly pusing2 Kuala Terengganu, thanks kat die. nasib la ade adik2 yg baik.

Windows 8 : Consumer Preview

Windows 8 - just like windows phone

Windows 8 desktop - new desktop without start button (that my wallpaper not windows 8 :p)
Alrite, minggu lepas Pp dah pon cuba menggunakan Windows 8 yang baru di keluarkan oleh Microsoft. Beberapa bulan lepas Microsoft telah pon beri percubaan percuma pada pengguna untuk cuba Operating system yang baru dari mereka yang seakan Windows Phone, yang dipanggil WIndows 8 : Consumer Preview. Product ni boleh didapati di laman web Microsoft sehingga tahun depan.

Daripada pengalaman yang telah Pp lalui Windows 8 adalah satu kelainan dari windows lain sebelumnya.  Ia masih mengekal kan Desktop tetapi mempunyai satu aplikasi seakan Windows Phone. Ape yang menarik ialah, OS ni sangat pantas dan mudah di kendalikan. OS ini lebih di tumpukan pada penggunaan touch screen, tapi boleh juga di gunakan menggunakan mouse.

Pada permulaan ni, pengguna boleh cuba mendownload Applikasi di App Store.Window 8 juga di lengkapi dengan Internet Explorer yang sangat lain dari biasa. lebih cool dan mudah dikendali kan. menarik. banyak kelebihan lain mengenaiWindows 8 , jom preview Vid ni :

Walau ape pon Windows 8 masih belum ready lagi unuk pelanggan sebab belom stabil lagi, Windows 7 adalah yang terbaik buat masa kini, Now Im back to Windows 7 Ultimate, tq

Art Group Member Searching

Pencarian Art Group Member


Sementara tu Pp juga mecari peminat Art untk bersatu dalam menghasil kan kerja seni secara berkumpulan kecil2an. untk mengisi masa lapang dan pengalaman sambil mendapat duit poket la kot. sehubungan tu bleh tambah cantek lagi portfolio masing2, kalau ade sesiapa berminat boleh email Pp di pocupine89@yahoo.com berikan cadangan, dudukkat mana dan sedikit latar belakang yg bekaitan dengan seni, citer la skit ape2 ok, x kisah seni ape pon, lau x reti boleh blaja kan kan kan


Research Untuk Karekter Design

Sekarang tengah buat research untk design karekter untk projek akan datang, cuma belum pasti sama ade ingin buat komik atau animasi. Setakat ni baru di beri tahu untk hasil kan komik. Walau pon masih belum pasti, proses penghasilan mesti di jalan kan. Nantikan kemunculannya akan datang, yang pasti bkn la masa terdekat ni ok hehee, yg telah di beri tajuk, watak dan jalan cerita.

Transformasi Logo PpOukoku

 PpOukoku ialah personal trademark artwork yang pp buat aejak tahun 2009, simbol nya diambil daripada satu karekter yang dicipta sendiri, iaitu KingKoku, Pp ialah nama panggilan sejak kecil lagi dan Oukoku memabawa maksud Kingdom atau Kerajaan yg diambil daripada bahasa Jepun. Sebabnya Pp minat dengan hasil seni dari Jepun tetutama Komik, Games, Anime dan Toys. Trademark PpOukoku diletak kan pada setiap artwork yang telah selesai. Kini telah ade design logo yang baru yang lebih exclusive dan lebih hidup. pertukaran logo disebabkan komen yang telah di beri oleh pelihat.
Logo PpOukoku 2009
 Logo ini di cipta pada 2009, design terlalu simple dan mungkin sama dengan logo2 lain yang sedia ada. mase study dulu terfikir nak buat 1 logo sendiri sebagai signature pada artwork, namun di sebab kan sibuk study, logo ni jarang di guna kan.
Logo PpOukoku 2010


Logo ni pulak di cipta pada 2010. Kerap guna bile da abis belajar, sebab banyak masa boleh buat artwork, karekter KingKoku lebih nampak di sini, cuma masih nampak kaku dan belom lengkap. masih bertemakan hitam dan putih.
Logo PpOukoku 2012
Pada Tahun 2012 tercipta logo terbaru, untuk menunjuk kan flexsibeliti dan lebih kerateristik dan lebih hidup. logo yang lebih cartoonic ni bertujuan untuk menarik perhatian. Pp letak drop shadow untk menonjolkan lagi logo. 

Harap Pp dapat buat ape yang Pp impikan dalam hidup, penciptaan logo adalah salah satu jalan dan permulaan untk mencapai impian Pp. Harap dapat sokongan dari kawan2 yang dtg blog ni. 

Jom view page Pp di Facebook :

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu untk ibu terchenta Pn.Zaiton bt Mohamad. Terima kasih atas segala pengorbanan yg telah dilakukan untk membesarkan Pp dan Yan,walau pun banyak dugaan yg telah dan perlu ditempuh harap jiwa tetap tabah, semoga tuhan melihat kesucian hatimu untuk ti tempat kan di syurga amin :)

Selamat hari ibu juga kepada semua kaum ibu di luar sana, happy2 selalu !

@Sunway Pyramid bersama adik, Faiznur dan Nurul

Bersama Faiznur dan Nurul di Sunway Pyramid
 12 may kluar besama adik, Faiznur dan Nurul, Faiznur dan Nurul ni kawan mase keje dekat Qualiti Hotel. Dorng plan last minit untk kluar besama, dan tiba2 bila Pp ngn adik da hampir sampai boleh pulak dorng nak batal kan, sekali aku bagi msj maut :

"plan last minit, batal pon last minit, ape ape ntah. len kali tak payah plan lagi"

takde la maut sangat tp dorg takut aku marah sngt kot tu haha, trus Faiznur pujuk hehe, baru ko tau keh keh keh, ape pon thanks la lepak sama, harap lepas ni still berkawan sampai bila2, korang memang best n boleh jadi kawan.

Dalam pyramid tu kitorng tengok movie, ni da kali ke 3 pegi wayang nak tgk avanger, tak dapat2, asyik penuh jer, last2 tanyer adik aku nak tgk citer ape, die pilih ngangkrong lak dah. aku ikot kan aje. boleh kire gne jari aku tgk wayang cite melayu bape kali. naseb citernyer x membosan kan.


Sempat posing depan cenima, actually tgk call Faiznur, lme benor kat toilet ngn Nurul



adik aku sempat lagi beli buah mkn sebelum balik, ape ko x kenyang lagi ke mkn segala bende kat dalam, mane badan tak mkn besar

@ Midvelly Dengan Mak dan Adik

 11 may, jalan2 dengan mak dan adik di midvelly. saja la kot cuci mata, bli baju. abis pusing satu midvelly tu, dah la ngntuk giler, semalam tak tido.
Si gedik ni asyik wat muka yg sama je bile tankangkap gmba, org baru nak candid tima2 die nampak trus buat muka. haihh..
 berenti kat foodcourt makan kejap. makan ayam pangang ngn nasi, tp x bape lalu nak mkn sbb penat + ngntuk, hurm sampai tetio kat situ tunggu dorng abis mkn.
last skali sbelum balik beli jam murah je hehe asal kan ley tgk pkul bape kan beli sepasang ngn adik.. piece :)

Pengalaman Bekerja Di Quality Hotel

  
Pada April lepas Pp telah bekerja di Quality Hotel Shah Alam (QHSA) selama satu bulan. Ini adalah pengalaman buat petama kali bekerja dalam bidang hotel. Agak susah bagi Pp untuk bekerja dalam bidang ni, sebab Pp belajar dalam bidang animasi, ape pon ape salah nya ingin cuba dan tambah pengalaman dalai bidang lain.
  Walau pun hanya satu bulan bekerja di QHSA, Pp dapat banyak pengalaman dalam bidang hotel. Tahu serba sedikit  organisasi dalam hotel dan situasi dalam hotel. Atas pertolongan kawan di Facebook, Khairul, die tolog hantar kan resume ke HR QHSA sebab die keja bahadian 'sales'. selepas seminggu Pp dipanggil interview. Kene intervew oleh Cik Neeta, dan die terima Pp kerja. Pp di terima kerja di bahagian Front Office (FO).
  Mula2 masuk kerja sangat la tak tau ape2 n gabra je. dapat berkenalan ngn kawan2 baru, Faiz Nur, Fandy, Kak Noor, Nurul, Justin, Mafara dan Cik Neeta serta staff dari department lain. Walaupon sementara tapi rasa seronok bekerja. Cuma, mungkin pp rasa pp tak sesuai dengan kerja ni, dan rasa gaji tak cukup untk pp keja ni, tau la selama ni pp sangat jarang berjumpa dengan orang ni tiba2 jumpa segala jenis orang. setiap kali guest datang mesti gemuruh.
  Sepanjang bulan bekerja tu, pihak QHSA ade buat pertandingan sukan lawan rumah sukan. Pp dapat rmah hijau dan wakil untk permainan bowling. ok la dapat nombor 2 hehe. kira untung la kerja mase dorng wat sukan lak kan.
  Akhirnya Pp berhenti kerja dan ingin tumpukan semula dala bidang seni, da rase rindu nak buat kerja seni, sebab sepanjang kerja di QHSA, Pp duduk kat rumah makcik kat seksyen 19 shah alam, so tak dapat bawak PC, bosan sangat hidup, lagi pon Pp tengah tunggu job lain dari abg Adli, hope cepat la die panggil. Sementara tu pp kene cepat2 amik lesen so senang bekerja nanti yeehaaa

banyak nak citer nnt la len kali kite citer yg lagi best k.

  Di ucap kan terima kasih pada semua staff QHSA dan harap persahabatan kekal slamanya :)


QHSA adalah hotel tiga bintang, yang terletak di tengah bandar Shah Alam, di mana  ramai pengunjung tertumpu di bandar itu. QHSA juga mempunyai bilik 7 bilik semina 150+ bilik, ade swimming pool dan pusat karaoke die tingkat 25. bilik non smoking tingkat 18 dan 19 tingkat 20 - 24 bilik smoking. setiap tingkat ade bilek executive,. hanya bilek executive bley conek dgn 1 bilik dulax. Dulu QHSA dikenali dengan nama Holiday Inn. gambar diatas adalah gambar pemandangan di lobby hotel dari pandangn bahafian FO.

Catatan Popular