Mercun Kebaboom !!

Kali ni nak cerita mengenai mercun sebab pening dengar bunyi mercun kat luar tu, maklum la musim perayaan ni banyak pulak budak2 main mercun sedang kan benda tu da di haramkan lame dah dalam malaysia ni. Pada asalnya mercun di cipta untk menyambut perayaan. Mercun di percayai berasal dari negara China. Mercun juga digunakan di Negara Vietnam untk menyambut perayaan Tet, Mereka percaya nercun dapat menghalau semangat jahat dan bawa masuk dewa kekayaan (=.=)

namun begitu mercun telah diharamkan oleh banyak negara atas sebab peristiwa yang meragut nyawatetutama kanak sebab biasanya kanak2 yg batak ngn mercun ni, tak tau la plak org2 tua masih batak. pendek kata mercun ni bahaya walau pon die kecil jer.

Di Malaysia telah termaktub pengharaman mercun dalam Akta Bahan Letupan pindaan 1991 akibat kadar kecederaan di sebab kan bercun pada hari perayaan. Namun sehingga kini masih lagi kedengaran letupan mercun di mana-mana. kadang2 tu masa bkn perayaan pon ade gak bunyi. Kreative pulak lagi budak2 melayu buat mercun buatan sendiri(meriam buloh)

Namun untk perayaan yg besar seperti Kemerdekaan atau sehubungan dengan nya ade pengecualian penggunaan mercun tetapi atas kawalan yang rapi sahaja.

kadang2 pp tgk budak ni men mercun waktu siang tu ape die nampak? xde pon nampak cahaya chantek kat bunga api tu. 

ni mercun katak pp panggil tak tau la org len panggil ape, mase kecik pp ade gak men, mercun mcm tau2 je tuan die ddk mane, die mengejar.





ni bunga api besi, mase kecik dlu pp ske yg ni bebanding bunga api yg warna merah tu
Mercun Ketupat

Mercun Bola, bunyi nya kuat
 
 Ape pon pendekkn cetita Pp x suka bunga apisbb inya merbahaya terutama pada kanak2 yg masih kecil, harap ibubapa sayang dan pperiatin atas keselamatan anak2. Sebab kadang pp tgk ibubapa yg mengalakn pulak.

MTV Baru Suki Low

Baru2 ni penyanyi berbakat hasil daripada rangcangan reality TV One in a Million telah muncul dengan MTV terbarunya untk lagu Terlalu Mencintaimu yang lagu tema siri tv Naziha tu. MTV nya berlatar belakang kan rumah tinggalan yg sesuai ngn lagu tersebut. Kalu tak silap dengar katenyer rmah tu dulu adalah tadika. Ape pon Pp tgk MTV tu sangat menarik dengan suasana yg sedih dan pencahayaan yg baik dan Lagunya pon sedap dan berhantu sbb kadang2 meremang blu roma hehe Vokal mantap.

Pp Mula meminati Suki sejak Album pertamanya iaitu Finally/Akhirnya yang mana didalam album tesebut hampir semua lagu pp suka, antara nya lagu Berdiri dan Painted Blue, harap penyanyi comel ni terus berusaha dan bejaya dalam bidang nyanyian dan memartabatkan lagu berbahasa melayu, sebab jarang ade penyanyi bukan melayu menyanyi kan lagu melayu selain Jacklynn Victor.

Hope lagu Terlalu Mencintaimu berjaya meletakkan diri dalam Anugerah Juara Lagu akan datang, Pp sokong Suki, Suka Suki Suka Suki kikiki

Like Suki? Visit Suki Low Facebook Click HERE

Jom Preview MTV Suki

Webcomic Klonoa !

Klonoa kembali !! Penah dengar Klonoa? Klonoa adalah salah 1 game permainan video yang agak popular suatu ketika dulu di PS1 oleh Namco. Tajuk nya di ambil sempena nama watak utamanya, Nama kucik Pp, Lolo juga pp amik dari game ni la, suka sangat dengan game Klonoa ni dulu

Baru2 ni Namco Bandai, Shifty Look telah mengumumkan webcomic Klonoa adaptasi dari gamenya di PS1 tu. Ditulis olih Hitoshi Ariga (pencipta Big O, Megaman Megamix, Megaman Gigamix) dengan tajuk 'Dream Traveller of Noctis Sol'. Perkara ni terjadi apabila Klonoa adalah rangking kedua popularitinya dalam satu survey  pada March lalu.

Komik Klooa dikatakan akan muncul di Shifty Look pada Ogos ni dengan episode yang baru
preview skit game Klonoa di PS1:


Ayo Orang Minyak Ker?

kebelakangan ni di area rmah Pp kecoh ramai yang ternampak kelibat 2 org lelaki berkeliaran waktu pagi buta di Puncak Alam Apartment fasa 3 ni, rasanya bermula sejak bulan puasa aritu. Ade yang ternampak orang lelaki yang menunjuk kan kemaluannya pagi2 buta, ade rumah anak dara yang kene ketuk, tingkap bilik adik pp pon penah kene ketuk die panggil 'sayang sayang'.

Malam semalam ramai penghuni kat sini berjaga untk menangkap org tu, pp tedengar juga bunyi org kecoh. pg tadi dalam pukul 5 pagi pp tedengar mcm ade org kat luar rumah, cuba juga intai luar tp tak da ape. Mushkil juga ape2 kan

Ade juga org yang mcm ni sanggup berjaga malam sbb nak kacau org n tunjuk kemaluannya, kesian anak2 dara tu ketakutan. yang peliknya org tu cepat je lesap susah nak jejak.

beberapa bulan dulu adik pp selalu kekurangan sluar dalamnya tapi takde la perasan sangat sbb die ade banyak. satu hari mak macam tegerak hati nak cek rumah sebelah yang penghuninya belom pindah (rumah kosong) tgk kat dalam rmah tu selonggok sluar dalam dan bajudalam perempuan terkumpul. alangkah tekejut nyer mak bile tgk sluar dalam adik pon ade. adakah crita n i bekaitan dengan orang misteri yg ske bebogel waktu kini? jeng... jeng...

Anime Nichijou (review)

harini nak cerita skit pasal 1 anime yang lawak ni, lawak nyer gak extream pasti tegelak tajuk nya 'Nichijou' . cerita oleh Keiichi Arawi. asalnya Nichijou adalah sebuah Manga dalam majalah Shonen Ace. Anime nya bermua pada april  hinggga september 2011.

Cerita anime ni mengisah kan kehidupan budak sekolah yang agak pelik dan lawak, perwatakan karekter dalam anime ni pon pelik2, contoh mcm Seorang budak kecik di panggil professor tinggal bersama robot yang di cipta sendiri, seorang budak lelaki pergi sekolah dengan menaiki kambing, guru besar bergusti dengan rusa dan mcm2 lagi babak kelakar dalam anime ni.

pada mula beberapa episode karekter tebahagi kepada jalan cerita masing, lama2 kelamaan mereka berkenalan sesama sendiri. ade 1 pekara menarik watak yuko Aioi suka guna bahasa melayu hehe kelakar pulak biasanya org kite yg ske guna bawasa jepun tp ni tebalik jom tgk sedikit babak dalam anime ni

wallpaper menarik untk desktop korang





Raya Sudah WOoHoo

Selamat Hari Raya pada semua umat Islam semoga hari raya kali ni memberi seribu erti dan rahmat untk kita, Mintak maaf zahir dan batin kepada semua. walaupon pp menyambut hari raya x semeriah org lain tapi pp besyukur di beri umur panjang dapat meraya kan hari raya bersama famly.

ini lah satu2nya tahun kami x buat ketupat sendiri, bli nasi impit biasa ja hheehe kuih di ganti dengan gula2, haih tak tau nak kate la omak den tu, masuk raya ketiga kami xde gerak kemana2 pon, nampak nyer ni la raya paling teruk. ape pon selamat hari raya.

Menjelang Raya


Lagi berapa hari je lagi Aidilfitri akan muncul menjenguk kita seketika untk merayakannya dengan penuh meriah, waktu2 macam ni mesti banyak perkarayang perslu di persiapkan untk raya nanti. Ade yang beli perabot baru, ade yang cat rumah, ade yang beli segala2 baru, macam mula idop baru plak. Tak lupa juga benda yang penting masa raya, kuih raya. mesti cik ah ngn mak temah sedang betungkul lumus menggentel tepung, mengacau telur kat dapur, bape banyak tong gas abis agaknyer nak wat kuih raya? kak tijah plak tak menang tangan menjahit baju tempahan baju raya. Wak jokor plak pening kepala nak asing kan duit raya tahun ni, yg mane 20sen yg mane 50sen sbab rupanya sama jer, maklum la mata da rabun. kak Peah sebok pegi kedai emas nak beli rantai untk santapan mata tetamu yang hadir. Adik Dol pulak cari jalan mcmner nak dapat upah banyak tlg mak nyer kat bazaar ramdhhan sebab nak beli mercun masa raya nanti.

mungkin begitu la suasana pada masa sekarang ni...

Macam Pp sama mcm hari raya seperti tahun2 sebelum, waktu2 mcm ni takda persiapan apa lagi, yer la masih sibuk tolong mak berniaga di bazar. Last2 minit baru la sibuk kehulu kehilir cari barang raya. Sambutan raya setiap tahun Sederhana asal kan ada. Macam biasa cari daun kelapa buat ketupat, beli kacang tanah buat kuah kacang, beli ayam buat rendang. baju raya? erm da 5 6 tahun pp xde beli baju melayu, just pakai yg ada sbab kurang minat skit, baik beli Tshirt or sluar  bley pakai ari2. Kuih raya just tunjuk jer hehe yg pasti kuih tart x dihidang sbb nak sorok lam bilek kehkehkeh..

Ape pon alhamdullilah kita berjaya merentasi bulan ramadhan dengan jayanya ade tipo2 k stakat ni pnoh, tak sabar pulak nak beraya, sebab dapat mkn di siang hari smula hahahahahaha

Makhluk Asing Wooo

Kadang2 selalu jgk pikir benda2 pelik mcm kewujudan makhluk asing. Pp pernah juga nampak cahaya yg terbang kesana2 sini di langit, pergerakkan nya bkn seperti kapal terbang biasa atau roket, pergerakan nya bergerak bebas kekiri kanan atas bawah. Sejak daripada tu Pp mula tengok National Geographic. Start dari tingkatan 1 lagi. banyak video yang pp tgk berkaitan Makhluk asing. Kadang2 pemikiran pp jadi melampau dan sangat mendalam ingin tahu mengenai makhluk asing dan mengait kan nya dengan hal keagamaan. Betul ke tak makhluk asing tu wujud? ape pon kita tau kebesaran tuhan yang Maha kuasa
macam keroro gunso adalah makhluk asing dalam anime kikiki :p

Pp ade terbaca 1 blog ni, ni adalah sedikit petikan dari blog tersebut :

'Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan “kecepatan yang luar biasa”. Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam...'

Untuk baca selebihnya bley pegi ke blog tu >>CETUSAN HATI<<

Makanan Islamic Popular Di China

Sepanjang bulan Ramadhan ni mesti banyak juadah yg ade di jual di bazaar ramadhan, rampai penuh tangan membeli, mana2 bazaar ramadhan di malaysia ni kadang2 tgk bende yang sama jugak di jual, tapi rasanya mungkin berbeza.

tapi pp nak share makanan atau juadah yang popular di negara china untk org muslim berbuka. ape yang mereka cari ya, jeng jeng.

terdapat ramai penduduk di barat china adalah muslim, jadi banyak restorant si sana di hidang oleh umat islam, makan smua di pengaruhi oleh masakan beijing tapi bahan yg di gunakan lain skit sebab had keagamaan (halal)

Lamian

ni la mee tradisional china yang biasa nya di campur ngn daging lembu atau sup berperisa kambing, kadang2 di goreng dan di makan ngn sos berasa tomato,

cara mereka buat mi ni cara tradisional, tarik doh berulang kali sampai la jadi mee

Orang kat malaysia jarang makan mee untk berbuka kan :)


Chuanr

seka;i pandang mcm satay je kan, ni la makanan china yang mcm kebab je atau satay, makanan ni original dari Xiajiang salah satu makan umat islam di sana tapi rasenyer dorng x makan dengan kuah kacang :p







Nang

ni adalah roti yg agak sama mcm roti naan. tapi ade letak bijan kat atas dia, tp macam dorng lagi creatif plak atas roti tu ade corak2 haha

popular gak erk naan ni kat china




ape yang pp nampak kat sini kebanyak kan makanan sebenarnya agak sama cuma cara penyediaan die lain skit la mungkin sebutan lain skit kot, rasenyer sama ke tak agaknyer erk? hehe

Masalah Tidor

Kebelakangan ni pp ade masalah tido, berjawa waktu malam dan matahari da kuar bru nak tido. tu pon amik masa yg lama nak lena. Walaupon cuba untk tido tapi gagal juga. mungkin ade banyak gangguan dalam bilik yg buat pp xnk tido contoh yg paling utama, MY COMPUTER. walaupon cuba rengangkan hubungan silaturahim dengan komputer kesayangan tu tapi keadaan tetap sama. (mungkin sebelom ni selalu sangan berjaga dan mengadap komputer) Pp cuba nak betul kan masalah dan masa tido supaya pada masa akan datang tak de masalah untk jalani hidop bile dah bekerja tetap. ade tips untk pp?

Catatan Popular