Aplikasi : Nike Plus / Nike+ Run Club


Pernah tak nampak orang jogging sambil pengang atau bawa handphone? sebenarnya bukan sahaja untuk mendengar muzik semasa berjoging tetapi mereka menggunakan satu aplikasi untuk merekod pencapaian larian mereka. Terdapat pelbagai aplikasi seumpama ini tetapi salah satu aplikasi yang saya suka dan sangat sesuai untuk orang yang suka dan serius berjoging iaitu Nike + GPS Running. Sejak bulan Jun lalu bermula hobi baru saya iaitu jogging, saya terus menggunakan aplikasi ini, sejurus dapat memotivasikan diri saya untuk terus berjoging. Mengapa saya kata begitu? Kerana saya dapat menyimpan dan melihat rekod saya terdahulu dan ingin melepasi rekod itu setiap kali berjogging, secara tak langsung dapat memperbaiki prestasi dan meningkatkan tahap kesihatan saya.


Dapat melihat pencapaian bulanan rakan-rakan

Aplikasi Nike + dengan bantuan GPS yang dapat menjejaki larian kita dalam masa sebenar dan akan menyimpan data larian  serta dapat membandingkan dengan rekod larian rakan-rakan yang ada di dalam aplikasi itu. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengesan dengan tepat jarak dan metrik lain dengan menggunakan GPS telefon, makna kata lain masa berlari mesti bersama-sama telefon bimbit dan buka perkhidmatan GPS. Ia juga dapat mengira masa, jarak dan kalori yang di bakar. Aplikasi ini juga menyimpan laluan larian kita dalam bentuk peta, ia boleh dilihat semasa dan selepas larian tamat.



Aplikasi ini dapat mengesan kelajuan larian, sama ada berlari laju, berlari perlahan atau berjalan. larian laju akan ditunjuk kan di dalam peta dengan warna hijau, kuning dan oren sederhana, manakala warna merah untuk perlahan. Ciri ini sangat berguna untuk memperbaiki larian lebih baik. Larian juga boleh di set sama ada berlari di jalanraya, laulan taman atau trek larian. Setelah selesai larian kita boleh berkongsi hasil larian kita di Facebook, Twitter, WeChat moment dan macam-macam lagi.



Trofi atau rekod pencapaian
Pasti bosan apabila berlari tanpa muzik. Anda boleh set kan muzik kegemaran di dalam aplikasi ini. sebaik saja mula berlari muzik akan mula dengan sendirinya. Saya letak lagu Runnung Muzik. percayalah berlari dengan muzik tak rasa penat berbanding berlari tanpa muzik.

Selain itu, aplikasi ini juga akan memberti trofi kejayaan jika anda memecah sesuatu rekod contohnya trofi 'Berjaya membuat larian 5k', 'Berjaya mencapai kelajuan sekian-sekian'. baru lah seronok sikit dapat trofi. hehe.

Apa lagi download la aplikasi berguna ini untuk menyimpan rekod pencapaian larian. Download di

: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nike.plusgps


*maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ini, sila tegur :)

9 Sebab Mengapa Berlari Baik Untuk Anda

Sejak bulan June yang lalu saya dapat satu hobi baru iaitu berlari atau lebih sedap juga di sebut running. Pada mulanya memang agak sukar untuk memulakan hobi ini. Bermula dengan larian yang perlahan seperti jogging dan cuba cipta rekod baru hari demi hari. Akhirnya jadi satu ketagihan untuk saya berlari jika ada saja masa terluang untuk berlari seperti selepas balik kerja atau waktu petang tidak tahu nak buat apa.


Hobi ni tercetus apa bila saya sedar berat badan makin naik lebih dari biasa. Perlu buat sesuatu untuk kekal kan bentuk badan. Kadang-kadang kita tidak sedar berat badan semakin meningkat. Saya memikirkan bagaimana hendak menangani masalah ini tanpa perlu ke pusat gym sebab takda modal nak bayar fee gym hehe. Tiba-tiba ternampak seorang kawan dalam Facebook selalu masuk larian yang dianjurkan oleh sesetengah agensi dan dapat medal yang menarik. Sejak itu lah saya mula berlari dan ingin dapat kan medal macam dia. Tambahan pula saya terjumpa satu aplikasi di Play Store, iaitu Nike+. Yang mana aplikasi ini boleh rekod larian kita, berapa jauh kita lari dan laju mana kita lari. jadi setiap hari mesti ingin capai rekod baru.

Apa yang baiknya berlari ni? Mesti ada yang pernah kata bodoh saja lari tapi tiada hasil, susah, sakit badan dan banyak lagi sebab mengapa tidak mahu berlari. Sebenarnya ada banyak kebaikannya, ini adalah 3 daripada banyak-banyak kebaikan berlari yang saya nak kongsi :


Kesihatan

1. Tulang

Tulang di cipta untuk menampung badan kita menjadi lebih stabil. Apabila kita duduk sepanjang hari di pejabat, menonton televisyen dan sebagainya, ia akan menyebabkan tulang kita akan menjadi lemah. Tetapi bila kita berjalan atau berlari, tulang akan menerima tekanan dan akan menjadikannya lebih kuat.

2. Jantung

Terima degupan jantung dengan lebih pantas dari biasa lebih kurang 30 minit dalam sehari, tambahan dengan aktiviti senaman yang lain lebih membantu menyihatkan jantung. Latihan larian akan menguatkan system kardiovaskular akan menurun kan nadi ketika berehat dan tidur dan juga lebih bertenang bila menangani tekanan atau stress.

3. Kestabilan

Apabila berlari di luar, kita pasti mengelak daripada halangan, anjing liar, batu atau apa saja objek. Perubahan dalam arah dan kelajuan akan menguat kan lagi kestabilan kita. Jadi masa berlari di taman pasti kita akan mengelak orang yang berada di taman, cuba elak dengan kerap halangan jadi dapat menguji dan menguat kan kaki anda juga. tapi jangan la teruk-teruk sangan, dramatic sangat haha.


Penampilan

4. Postur / Posisi Tubuh

Bila kita berjalan dengan cara yang betul, kita akan secara automatic akan menurunkan bahu, gunakan tangan untuk bantu naikkan kadar larian atau kita panggil term running pace dan condong kan sedikit pinggul anda ke hadapan sedikit. Ia akan naik kan kepala dan akan memanjang kan tulang belakang.



5. Saiz Pinggang

Beberapa tahun yang lalu, saya selalu perhatikan seorang pakcik ni selalu jogging waktu petang, sebab masa tu saya selalu tolong emak berniaga di tepi jalan. Pada mulanya pakcik tu ada perut boroi yang memang saya takut dan fobia kalau jadi perut macam tu pada saya haha. Hampir setiap hari pakcik tu jogging, setelah beberapa bulan pakcik tu dah takda perut yang bulat tu. Sangat mengagumkan. Jadi kepada sesiapa yang ada perut bulat tapi tak mengandung tu jom jogging.


6. Matahari

Apabila kita berlari di luar sudah tentu cahaya matahari akan kena pada kulit, sinaran pagi matahari mengandungi Vitamin D, sangat berguna untuk tubuh kita untuk mencegak kanser, serta melindungi dari penyakit jantung dan mencegah pelbagai lagi penyakit seperti salah satunya diabetes. Jadi ini juga dapat melatih kita untuk cergas di waktu pagi, saya tahu ramai dikalangan kita masih berasa mengantuk di waktu pagi jadi apa lagi cuba cara berlari. berlari-lari anak pun okay juga.


Psikologi

7. Ya, saya boleh !

Bukan senang untuk memulakan aktiviti larian. Pasti pada mulanya akan berasa sangat penat, sakit-sakit badan, belakang, kaki, kepala dan sebagainya. Bermuala dengan larian yang ringan dahulu untuk permulaan. Lama kelamaan badan kita akan dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti baru. Seperti saya juga, mula-mula rasa sakit kaki. Pastikan kita buat renggangan badan sebelum belari. Macam saya, apabila sudah berjaya berlari hari ini cuba cari masa untuk berlari lagi hari berikutnya atau selang sehari jangan terlalu lama tidak berlari nanti akan sakit otot-otot, ini bagi menesuaikan badan daripada aktiviti larian. Akhirnya saya rasa gian nak berlari saja haha. Dan pada masa itu pasti akan terbisik dalam hati "Ya, saya boleh!".

8. Saya percaya saya boleh

Apabila kita belari pasti kita akan set dalam kepala kita mahu melepasi rekod larian sebelumnya, set kan dalam diri yang kita pasti boleh  mencapainya. Secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk percaya yang kita pasti boleh lakukan sesuatu jika kita berusaha lebih. Baca dan rasa diri anda sejauh mana yang kita mampu. Jika tidak dapat capai pada hari ini pasti esok kita usaha lagi untuk mencapai matlamat yang kita mahu. Sama juga dalam larian, usaha untuk lari dalam jarak dan kelajuan yang kita mahu tetapi ikut kemampuan diri, jika badan kata tidak mampu pada hari itu kita cuba hari yang lain.

9. Ketahanan

Semasa berlari pasti ada banyak halangan yang kita lalui dan masalah sakit-sakit badan akan menyusul. Kita lakukan ini untuk jaga kesihatan badan. Bila badan sudah biasa dengan keadaan begitu pasti tidak ada masalah untuk kita memilih tangga berbanding lift. Fahamkan maksud saya :p


Semoga kawan-kawan semua faham apa yang saya ingin sampaikan, bahawa berlari banyak kebaikannya, tidak kira kita berlari perlahan atau laju, dekat atau jauh, cepat atau lambat, baca diri dan ikut kemampuan, jika ada tenaga lebih buat lebih hehe. Apa yang saya tulis ni berdasarkan apa yang saya baca dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap sila tegur. Saya baru naikkan semangat untuk menulis . Terima kasih.

Mendaki : Bukit Broga, Semenyih

Permandangan panorama di puncak kedua Bukit Broga

perjalanan ke puncak ke-3
Bukit Broga, juga dikenali sebagai Bukit Lalang yang dipenuhi lalang yang tinggi di puncaknya. Ketinggian bukit ini lebih kurang 400 meter dari paras laut. Bukit ini terletak di Semenyih iaitu 40 minit dari Kuala Lumpur. Dari simpang Universiti Nottingham terus saja sehingga pintu masuknya bermula di ladang kelapa sawit berdepan dengan Rabbit Fun Land. Dengan pemandangan yang sangat cantik di puncaknya, bukit ini bukan sahaja menjadi tarikan orang tempatan malahan pengunjung dari luar negara. Pemilik ladang kelapa sawit di pintu masuk Bukit Broga menyediakan tempat letak kereta, hanya RM2 sahaja fee untuk sebuah kenderaan, ada juga stall kecil menjual makanan breakfast.

Pendakian Bukit ini tidak la sukar dan tidak juga senang, ia sangat bersesuaian untuk pendaki yang baru. Tempoh pendakian adalah lebih kurang 20 hingga 45 minit untuk sampai di puncak tertinggi. Ada 3 puncak keseluruhan. anda boleh berehat di puncak pertama dan kedua. Masa terbaik untuk mendaki adalah jam 5.45 pagi supaya anda dapat melihat keindahan mata hari terbit di puncak.

Dari pada pandangan puncak, pengunjung dapan melihat bentuk muka bumi yang indah di tutupi hutan, ladang kelapa sawit, perkampungan dan pekan-pekan kecil. Kita juga dapat lihat kabus putih yang menyegarkan seperti permaidani menghiasi lanskap yang hijau.

Permandangan sekitar 7 pagi
Pada 12 Ogos 2016, saya dan adik saya pergi mendaki bersama. ini adalah pendakian kami yang pertama. Pengalaman yang sangat mencabar untuk kami kerana belum pernah mendaki bukit. Beberapa kali kami berhenti berehat. yang paling best tak ada nyamuk pun di sini. Kami mula mendaki agak lewat sekitar 7 pagi dan sampai di puncak pertama pada pukul 8 pagi. Pada hari itu tidak ramai pengunjung kerana kami daki pada hari Jumaat. Dengar kata, pada hari Sabtu dan Ahad sangat sesak sehinggakan tidak ada parking.

  
Gambar Kiri : Di kaki bukit sebelum sampai di puncak pertama
Gambar Tengah : Adik posing di celah2 lalang
Gambar kanan : Jejaka kacak posing di celah2 lalang

Sebelum sampai di puncak ketiga ade 1 batu besar di mana kebanyakan pengunjung akan tinggalkan kesan contengan mereka di atas batu itu. Hasilnya sangat menarik dan cantik jika lelaki kacak macam saya posing di sana hihi.
Lelaki kacak posing
Akhirnya kami berjaya sampai kepuncak ketiga, di sini penuh dengan batu2 besar. Pengelihatan agak terbatas kerana telindung dengan batu.

Puncak Ke-3 Bukit Broga
permandangan puncak ke3

Selepas berehat beberapa minit di puncak, kami turun semula ke kaki bukit pada jam 10.30am. Semasa turun bukit perlu berhati-hati dengan kecuraman bukit lebih-lebih lagi di puncak pertama. Apa pun ini adalah pengalaman yang menarik untuk kami. Kepada yang ingin mencuba, bawa air mencukupi, bawa tuala kecil untuk lap peluh dan jangan buang sampah merata-rata di atas tu nanti. Selamat Mencuba.

Cara Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Atas Talian (Online) SSM Dengan Ezbiz Portal

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini pihak SSM telah menwar-warkan mengenai mempebaharui lesen perniagaan dengan mudah melalui dalam talian. Jom saya kongsi cara-caranya. Maaf kalau ada silap.

Jika anda telah daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ingin mempebaharui lesen anda kini ada cara mudah untuk mempebaharuinya dengan perkhidmatan atas talian di ezbiz online. tak perlu beratur menunggu giliran lagi. perkhidmatan atas talian ini juga memberi perkhidmatan untuk mendaftaran perniaggaan baru. 

Dengan hanya 3 langkah mudah :

1. Daftar sebagai pengguna portal ebiz online dengan menggunakan alamat email yang sah.
2. Aktif kan ID anda di mana-mana kaunter SSM sekali seumur hidup
3. Dan boleh guna kan perkhidmatan ezbiz online serta merta


Cara-cara

1. Layari laman sesawang http://ezbiz.ssm.com.my

2. Tekan sign up pada page pertama di bahagian sign in. (yang ni untuk mereka yang belum register lagi dengan ezbiz.



3. pada page berikutnya pilih NIRC pada bagagian ID Type. Seterusnya masukkan nombor IC tanpa meletak kan simbul (-). Kemudian isi nama seperti dalam IC anda. Dah selesai tekan register.


4. Langkah setetusnya isi Rengistration Information. Pilih login Id yang senang anda ingat dan agak-agak tidak ada orang guna lagi nama tu. Kemudian cipta password, pasti kan password mesti mengandungi sekurang-kurangnya ade 1 huruf besar dan 1 huruf kecil sekurang-kurangnya 6 huruf. Isi kan email anda dan sekali lagi di bahagian Re-type email.

5. Scroll bawah sikit pula ada ruangan User Information. isikan nama seperti dalam IC, nombor IC tanpa tanda (-), pilih jantina bersesuaian, tarikh lahir dan bangsa anda.

6. Scroll lagi di bawah berkenaan alamat surat menyurat. Isi dengan lengkap beserta nombor telefon wajib isi.


7. Paling bawah sekali tandakan kotak kecil untuk anda setuju dengan terma dan syarat Ezbiz online portal. boleh klick pada tulisan warna merah untuk lihat terma dan syaratnya. Kemudia tekan Save


8. Selepas tekan save anda diberi tahu bahawa pendaftaran anda telah berjaya dan sila rujuk email anda untuk aktif kan akaun ezbiz. Jika tidak dapat apa-apa email dalam tempoh 3 hari dari Ezbiz boleh hubungi mereka di SSM hotline : 03-7721 4000


9.  Yang terakhir, anda akan terima Email seperti gambar dibawah, anda perlu print email tersebut dan bawa IC bersama dan pergi ke mana-mana pejabat SSM terdekat untuk aktif kan ID anda. Tempoh yang diberi selama 14 hari dari tarikh email ini di terima. selepas 14 hari anda perlu isi daftar semula. Selepas ID aktif anta tidak perlu lagi pergi ke pejabat SSM untuk beratur panjang untuk mempebaharui lesen perniagaan anda.

Maaf jika ada apa-apa kesilapan, saya menulis ni atas pengalaman sahaja. Maklumat lanjut hubungi pihak SSM : 03-7721 4000

*cuba untuk jadi penulis blog pula. harap ade yang beri semangat ;)

Catatan Popular