9 Sebab Mengapa Berlari Baik Untuk Anda

Sejak bulan June yang lalu saya dapat satu hobi baru iaitu berlari atau lebih sedap juga di sebut running. Pada mulanya memang agak sukar untuk memulakan hobi ini. Bermula dengan larian yang perlahan seperti jogging dan cuba cipta rekod baru hari demi hari. Akhirnya jadi satu ketagihan untuk saya berlari jika ada saja masa terluang untuk berlari seperti selepas balik kerja atau waktu petang tidak tahu nak buat apa.


Hobi ni tercetus apa bila saya sedar berat badan makin naik lebih dari biasa. Perlu buat sesuatu untuk kekal kan bentuk badan. Kadang-kadang kita tidak sedar berat badan semakin meningkat. Saya memikirkan bagaimana hendak menangani masalah ini tanpa perlu ke pusat gym sebab takda modal nak bayar fee gym hehe. Tiba-tiba ternampak seorang kawan dalam Facebook selalu masuk larian yang dianjurkan oleh sesetengah agensi dan dapat medal yang menarik. Sejak itu lah saya mula berlari dan ingin dapat kan medal macam dia. Tambahan pula saya terjumpa satu aplikasi di Play Store, iaitu Nike+. Yang mana aplikasi ini boleh rekod larian kita, berapa jauh kita lari dan laju mana kita lari. jadi setiap hari mesti ingin capai rekod baru.

Apa yang baiknya berlari ni? Mesti ada yang pernah kata bodoh saja lari tapi tiada hasil, susah, sakit badan dan banyak lagi sebab mengapa tidak mahu berlari. Sebenarnya ada banyak kebaikannya, ini adalah 3 daripada banyak-banyak kebaikan berlari yang saya nak kongsi :


Kesihatan

1. Tulang

Tulang di cipta untuk menampung badan kita menjadi lebih stabil. Apabila kita duduk sepanjang hari di pejabat, menonton televisyen dan sebagainya, ia akan menyebabkan tulang kita akan menjadi lemah. Tetapi bila kita berjalan atau berlari, tulang akan menerima tekanan dan akan menjadikannya lebih kuat.

2. Jantung

Terima degupan jantung dengan lebih pantas dari biasa lebih kurang 30 minit dalam sehari, tambahan dengan aktiviti senaman yang lain lebih membantu menyihatkan jantung. Latihan larian akan menguatkan system kardiovaskular akan menurun kan nadi ketika berehat dan tidur dan juga lebih bertenang bila menangani tekanan atau stress.

3. Kestabilan

Apabila berlari di luar, kita pasti mengelak daripada halangan, anjing liar, batu atau apa saja objek. Perubahan dalam arah dan kelajuan akan menguat kan lagi kestabilan kita. Jadi masa berlari di taman pasti kita akan mengelak orang yang berada di taman, cuba elak dengan kerap halangan jadi dapat menguji dan menguat kan kaki anda juga. tapi jangan la teruk-teruk sangan, dramatic sangat haha.


Penampilan

4. Postur / Posisi Tubuh

Bila kita berjalan dengan cara yang betul, kita akan secara automatic akan menurunkan bahu, gunakan tangan untuk bantu naikkan kadar larian atau kita panggil term running pace dan condong kan sedikit pinggul anda ke hadapan sedikit. Ia akan naik kan kepala dan akan memanjang kan tulang belakang.



5. Saiz Pinggang

Beberapa tahun yang lalu, saya selalu perhatikan seorang pakcik ni selalu jogging waktu petang, sebab masa tu saya selalu tolong emak berniaga di tepi jalan. Pada mulanya pakcik tu ada perut boroi yang memang saya takut dan fobia kalau jadi perut macam tu pada saya haha. Hampir setiap hari pakcik tu jogging, setelah beberapa bulan pakcik tu dah takda perut yang bulat tu. Sangat mengagumkan. Jadi kepada sesiapa yang ada perut bulat tapi tak mengandung tu jom jogging.


6. Matahari

Apabila kita berlari di luar sudah tentu cahaya matahari akan kena pada kulit, sinaran pagi matahari mengandungi Vitamin D, sangat berguna untuk tubuh kita untuk mencegak kanser, serta melindungi dari penyakit jantung dan mencegah pelbagai lagi penyakit seperti salah satunya diabetes. Jadi ini juga dapat melatih kita untuk cergas di waktu pagi, saya tahu ramai dikalangan kita masih berasa mengantuk di waktu pagi jadi apa lagi cuba cara berlari. berlari-lari anak pun okay juga.


Psikologi

7. Ya, saya boleh !

Bukan senang untuk memulakan aktiviti larian. Pasti pada mulanya akan berasa sangat penat, sakit-sakit badan, belakang, kaki, kepala dan sebagainya. Bermuala dengan larian yang ringan dahulu untuk permulaan. Lama kelamaan badan kita akan dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti baru. Seperti saya juga, mula-mula rasa sakit kaki. Pastikan kita buat renggangan badan sebelum belari. Macam saya, apabila sudah berjaya berlari hari ini cuba cari masa untuk berlari lagi hari berikutnya atau selang sehari jangan terlalu lama tidak berlari nanti akan sakit otot-otot, ini bagi menesuaikan badan daripada aktiviti larian. Akhirnya saya rasa gian nak berlari saja haha. Dan pada masa itu pasti akan terbisik dalam hati "Ya, saya boleh!".

8. Saya percaya saya boleh

Apabila kita belari pasti kita akan set dalam kepala kita mahu melepasi rekod larian sebelumnya, set kan dalam diri yang kita pasti boleh  mencapainya. Secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk percaya yang kita pasti boleh lakukan sesuatu jika kita berusaha lebih. Baca dan rasa diri anda sejauh mana yang kita mampu. Jika tidak dapat capai pada hari ini pasti esok kita usaha lagi untuk mencapai matlamat yang kita mahu. Sama juga dalam larian, usaha untuk lari dalam jarak dan kelajuan yang kita mahu tetapi ikut kemampuan diri, jika badan kata tidak mampu pada hari itu kita cuba hari yang lain.

9. Ketahanan

Semasa berlari pasti ada banyak halangan yang kita lalui dan masalah sakit-sakit badan akan menyusul. Kita lakukan ini untuk jaga kesihatan badan. Bila badan sudah biasa dengan keadaan begitu pasti tidak ada masalah untuk kita memilih tangga berbanding lift. Fahamkan maksud saya :p


Semoga kawan-kawan semua faham apa yang saya ingin sampaikan, bahawa berlari banyak kebaikannya, tidak kira kita berlari perlahan atau laju, dekat atau jauh, cepat atau lambat, baca diri dan ikut kemampuan, jika ada tenaga lebih buat lebih hehe. Apa yang saya tulis ni berdasarkan apa yang saya baca dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap sila tegur. Saya baru naikkan semangat untuk menulis . Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular