Siri 13 Reason Why

13 Reason Why Season 1
Okay harini nak cerita pasal siri '13 Reasons Why'. Aku sangat minat cerita siri jenis macam ni. Jenis yang ada misteri yang buat aku terfikir dan tertanya-tanya. Kadang-kadang habis 1 season aku layan dalam satu hari. Well cerita ni menarik sebab die bawa isu buli di dalam kalangan remaja. Satu isu yang boleh mengubah personaliti seseorang sampai bila-bila, sehinggakan ada yang sampai bunuh diri sebab buli. 

Dalam cerita ni watak Hannah cuba minta pertolongan dari kawan-kawan sekitarnya termasuk cikgu kaunseling dan ibu bapanya tapi tak siapa anggap Hannah serius menghadap masalahnya sorang-sorang. Selain dari kene buli Hannah juga kene rogol dengan kawan sekelas, tapi dia tak tahu nak luahkan dan minta pertolongan akhirnya die ambil keputusan untuk bunuh diri, tapi sebelum dia bunuh diri dia dah ready dengan tape suara untuk di dengarkan oleh orang yang die salahkan sebab dia bnuh diri.

13 Reason Why Season 2

Dalam season 2 pulak banyak berkenaan perbicaraan kes bunuh diri Hannah. Banyak hal yang tersembunyi remaja ni. dorng sembunyikan masalah ni semua dari orang dewasa atas sebab-sebab tertentu. bagus nya cerita ni dapat membuka mata kita betapa penting nya isu kemuringan, buli dan gangguan seksual terutama pada mereka yang masih di bawah umur. 

So korang kene tengok cerita ni sangat best. aku nak tunggu season 3 pulak ntah bila katenye dalam hujung-hujung tahun ni. 
Kalau ada idea ceria ape yang best boleh aku tengok ley komen kat bawah ok.

Resipi Briyani Bujang Senang Epy

Banyak tak. aku sure korang lagi banyak amik dari ni haha
Haa nak cerita ni semalam dengan kelmarin dua hari berturut2 aku makan briyani dakat rumah kenduri. Biasa la kan lepas raya memang banyak kenduri kawin. Alang-alang wat open house raya katenye. Semalam dengan 3 senduk plak aku makan maybe sebab lapar sangat. Biasanya aku tak macam tu. Korang jangan amik banyak-banyak pulak kat rumah kenduri orang nanti tak cukup pulak untuk tetamu lain. haha biasa aku amik sikit je kikiki. Ape pon aku memang suka briyani

Pada yang suka dan rasa tak cukup makan briani kat rumah kenduri orang kawen tu meh aku nak share sikit cara paling sempoi dan mudah buat nasi briyani. Aku bukan la pandai masak pun tapi aku saja nak share cara aku buat. Korang buat tak jadi jangan salah kan aku hahahaa

RESIPI

Maggi Briyani
Okay mula2 korang basuh beras macam biasa. Aku selalu letak 3 cup beras. tumis bawang putih dengan halia untuk bagi bau die naik. Msuk kan dalam periuk. Lepas tu masuk kan susu cair setengah cawan. masuk kan margerin sikit. Pastu yang ni rahsianya, rempah maggi briyani Maggi haha senang je hidup sekarang guna kan aje. Post ni tak di taja tau haha. rempah tu memang da lengkap. last sekali tabur kan kismis. pastu hidup kan je rice cooker korang. Pastu tunggu sampai masak

Pergh lau makan dengan ayam masak merah ke makan dengan daging hitam ke nice wooo.. Nak ajar buat ayam masak merah dengan daging hitam aku tak reti ahaha aku suruh mak aku buat kan je. Cuba korang buat. jadi ke? Harap jadi la. Sempoi je kan.

Cemas Sebab PC Rosak

Okay aku cetira sikit ape yang berlaku dalam semester pertama. Macam biasa kehidupan jadi sibuk dengan assignment. Ada 9 subject untuk semester ni. boleh tahan banyak. Banyak jugak keluar duit untuk buat assignment. biasa la bab2 mcm ni assignment ni aku tak kisah abis duit skit asalkan kerja aku kemas presentable dan lengkap. Tapi ape yang aku perhati kebanyakan.. erm hampir kesemuanya student terutama yang ada dalam kelas aku bila hantar assignment pada lecturer macam cincai je. haihh aku tak boleh mcm tu. Ape pon kerja yang kita hantar kene la lengkap. aku tengah cuba jugak ajar diorang dan bagi kesedaran untuk hantar kerja macam aku buat. Sebab semua pon masih student dan time ni la untuk diorang belaja dan praktik kan diri untuk buat kerja dengan baik.

Kerja last minit ni biasa la kan. dulu time diploma pon aku mcm tu jugak. tapi tak sesalu la. Aku akan pastikan aku siap 2 hari sebelum tarikh hanta. Dari pemerhatian aku kebanyakan
dalam kelas aku.. pukul 5 nak hantar pukul 3 baru nak edit sana sini  pukul 4.30 baru nak pergi print. dan hasil kerja nampak sangat rushing. terlalu ringkas. bukan nak komen pasal kerja orang tp aku cerita ni berdasarkan pengalaman.. ye la umur mcm aku ni da sepatutnya jadi lecturer haha.. kalau la aku lecturer aku akan nilai kerja cincai ni.. sure la ko boleh tau yang mana keje last minit yang mana kerja on time. tapi ade jugak kerja siap awal tapi nampak rushing. mungkin ade bende lain yang di kejar xde kaitan dengan study die.. aku banyak kali cakap n ingatkan dekat budak2 ni nak jadi designer kene cerewet. kene cerewet dengan kerje kita supaya hasilnya baik. 

Ni la kerja yang hampir2 nak kene repeat tu. Dalam die nanti aku share
Pada saat akhir2 semester ade
benda tak di duga berlaku.. sebaik saja aku save kerja final aku.. komputer aku buat hal.. aku guna desktop je dekat rumah. PC aku boleh terpadam sendiri. aku da panic da.. ade dua keje final aku dalam tu. yang nak kene hantar lagi 5 hari. da la tak print lagi. dah menggigil tangan aku. aku cuba2 turn on balik. boleh on.. aku cepat2 transfer file dalam external hardisk.. nasib sempat..lepas je transfer PC aku padam tiba2. aku try on.. xley on trus.. Innalillah... PC aku da KO.. ye la processor yang aku guna tu ntah zaman bila dah.. aku gne da 10 tahun.. dah tiba masa la kot die nak kojol.. lagi pon beberapa minggu tu aku bkak banyak software yang berat2 untuk buat assignment. mana tak nye die kojol. Esoknye aku pon terpaksa la beli PC baru. sebab ade lagi benda aku tak siap.. haihh kenapa la kan PC ni tak rosak masa cuti sem.. da nak final ni la die buat hal. Aku buat PC dengan NinjaTech.Pc dorang memang terbaik, pantas dan ramah. lau korang nak buat PC boleh cari dorang. dorng area Sungai Buloh ja. lau luar kawasan dorng boleh post. Aku plan nak beli laptop tp PC lak wat hal tapi takpe la lupakan niat nak beli laptop. 

PC baru aku. Cun tak? hehehe
Tu la detik cemas di hujung semester. kalau aku tak dapat transfer file tu aku rasa aku kene repeat da adeh. last sekali ada 2 exam. yang exam ni aku tawakal je la. Sebab aku ni jenis tak suka membaca dan susah nak menghafal bende yang aku tak bape minat. dua subject ni macam berkenaan dengan sejarah.. memang agak susah la aku nak menghafal. Tapi nasib baik la ada kawan yang bantu aku untuk hafal sikit2. Thanks to her. Nanti aku tunjuk lukisan aku pulak dalam penulisan aku seterusnya

Sambung Belajar




Selepas beberapa tahun... Well bukan beberapa sangat... lepas 8 tahun grad kini aku sambung belajar semula. Aku grad dulu 2011 diploma animation dkt Limkokwing. Lama dah nak sambung belajar, kalau boleh nak sambung terus lepas diploma dulu tapi pikirkan pinjaman belajar aku hold dulu. sekarang aku da nak abis bayar pinjaman belajar... so amik keputusan sambung balik. Aku dapat sambung belajar di UiTM Puncak Alam. Dekat je dengan rumah so tak payah fikir modal nak sewa dan duit minyak. 

Aku sambung degree graphic design. Mula2 agak kekok jugak, ye la kan 8 tahun lama tu.. otak pon da berkarat. Nak amik exam lagi la ntah macam manakan. aku hadap je la. English pon da kelaut sebab sebelum ni keje takde guna English sangat. Jadi aku la yang paling "muda" dalam kelas. yang lain semua pangkat adek2 aku. Dengan sedikit pengalaman aku ajar la dorng ape yang aku termampu. 

Sepanjang semester pertama, semuanya berjalan lancar. Kecuali untuk subject yang kene membaca.. ermm... aku tak suka membaca... dan susah nak menghafal. Naseb baik ada yang boleh membantu so boleh la jugak menghafal sikit2. Untuk subject lukisan aku boleh score.. sebab aku sangat berpuas hati dengan semua kerja yang aku buat.

So far semuanya okay nanti aku cerita lagi ape yang aku alami sepanjang semester pertama ni. nanti aku tunjukkan ape yang aku dah buat untuk semester 1 ni.

Catatan Popular