Selepas beberapa tahun... Well bukan beberapa sangat... lepas 8 tahun grad kini aku sambung belajar semula. Aku grad dulu 2011 diploma animation dkt Limkokwing. Lama dah nak sambung belajar, kalau boleh nak sambung terus lepas diploma dulu tapi pikirkan pinjaman belajar aku hold dulu. sekarang aku da nak abis bayar pinjaman belajar... so amik keputusan sambung balik. Aku dapat sambung belajar di UiTM Puncak Alam. Dekat je dengan rumah so tak payah fikir modal nak sewa dan duit minyak.
Aku sambung degree graphic design. Mula2 agak kekok jugak, ye la kan 8 tahun lama tu.. otak pon da berkarat. Nak amik exam lagi la ntah macam manakan. aku hadap je la. English pon da kelaut sebab sebelum ni keje takde guna English sangat. Jadi aku la yang paling "
Sepanjang semester pertama, semuanya berjalan lancar. Kecuali untuk subject yang kene membaca.. ermm... aku tak suka membaca... dan susah nak menghafal. Naseb baik ada yang boleh membantu so boleh la jugak menghafal sikit2. Untuk subject lukisan aku boleh score.. sebab aku sangat berpuas hati dengan semua kerja yang aku buat.
So far semuanya okay nanti aku cerita lagi ape yang aku alami sepanjang semester pertama ni. nanti aku tunjukkan ape yang aku dah buat untuk semester 1 ni.
Please sambung..
BalasPadam