23 November 2011 - Autodesk MAYA

sekarang nak belajar sendirilak MAYA ni, belajar dari youtube jer,takde siapa pon la yang nak jadi guru pp, takpe lah, kene berusaha sendiri, tp masalahnyer tnet slow plak susah nak belajar :( ape2 pon nan tgk la ape yg pp da wat ngn MAYA ni :)

14 November 2011 - Final Fantasy 12

jauh sungguh perjalanan game ni, penat gak nak main, walau pon game ni da lame kuar ti bru la sekarang pp dapat main, best jgk. ppoukoku mengembara bersama hero heroin Final Fantasy 12. Masih jauh perjalanan, Dalam minggu ni menghadap game ni jer adehh. mari - mari sape nak join mengembara hehe.

info:
Penceritaan permainan ini berlaku di sebuah dunia fiksyen bernama Ivalice, dimana dua empayar, Rozarria dan Archadia terlibat dalam kancah peperangan yang tidak berkesudahan. Dalmasca, sebuah negara kecil, telah tersepit di dalam konflik tersebut. Apabila Archadia menceroboh dan menakluk Dalmasca, puterinya, Ashe, menubuhkan sebuah pergerakan penentang. Dalam perjuangannya dia telah bertemu dengan Vaan, seorang pemuda yang mempunyai sebuah impian untuk mempunyai pesawat terbangnya sendiri. Mereka juga disertai oleh sekutu-sekutu yang sama-sama berjuang menegakkan keadlian menentang kezaliman Empayar Archadia.

13 November 2011 - Dreamweaver CS4

Sepanjang minggu cuba untk belajar Dreamweaver CS4. Terasa susah sebab takde orang yg mengajar, ade beberapa benda tak paham, setakat ni tau la sikit2, sape la yang boleh mengajar pp benda ni.. Pening kepala belajar melalui tutorial video di youtube. ape pon kene la berusaha lagi huhu. go go ppoukoku u can do it >.<

info:

Adobe Dreamweaver, dulunya dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver ialah atur cara penyunting HTML yang diperkembangkan oleh Macromedia (kini diambil alih oleh Adobe). Ia merupakan sistem penyuntingan yang menggabungkan daya pengeluaran WYSIWYG (What You See Is What You Get) dengan kuasa pengawalan kod HTML.

9 September 2011 - Diploma Ditangan :p


Akhirnya dapat jgk skrol diploma di tangan ku hehe, nak gunakan nya sebaik mungkin setelah mak bekorban untk bagi pp belajar :) pelbagai dugaan yg ditempuh akhirnya membuah kan hasil. alhamdullilah. Diploma In Animation And Multimedia selama 3 tahun di Limkokwing University of Creative Technology Cyberjaya dari July 2008 - July 2011

9 September 2011 - Page PpOukoku

Mencipta page sendiri di facebook untuk kongsi Art. Now bejaya buat banner untuk page tu, yang diberi nama PpOukoku, hehe banyak idea dalam kepala nak buat ape, cuma belum di realisasi kan lagi, jadi nantikan la kemuculan Fenomena Ppoukoku akan datang. (berangan plak)

Click here : Pp Oukoku Page

6 November 2011 - Aidil Adha

Salam Aidil Adha, Hari Raya Korban, semoga pengorbanan yg kite lakukan dirahmati Allah dan di berkati. Bekorban demi kebaikan adalah amalan yang demi kebaikan diri dan sesiapa saja. Setiap pengorbanan pasti ade hikmah yg ingin ditunjuk kan oleh Allah. Sama ada ianya lambat atau cepat kita kena banyak bersabar dan berusaha juga untk mencapai hikmah yg Allah ingin tunjukan. Ketabahan dalam diri perlu juga untk melakukan sesuatu pengorbanan.

Pp bukan la pandai tentang agama tetapi secara langsung dapat memikir kan apa saja yg positif yg seiring dengan agama kita agama islam :) jadi bagi pp agama islam adalah agama yg sesuai di anut tak mengira zaman. ia adalah cara hidup yang sihat dan beriman :)

selamat hari raya Aidil Adha dari Pp Sekeluarga :)

4 November 2011 - First Time Interview

4 november 2001, interview pertama dalam hidup pp. dapat interview di Astro Awani di jalan Raja Chulan, disebab kan pp ni anak lelaki 1 jer dan pertama kali interview, mak exited nak hantar pp ker interview tu. erm ok la :p

Mencari tempat interview tu agak payah sebab banggunannya takde nama, ape pon trima kasih pada abang anif yang bagi tau pp pasal disana ade kekosongan sebab kawan die ade keje kat sana.

Sampai ja ditempat tu ( 30 minit lebih awal) pegi mkn dulu, lapa. Lepastu dalam pukul 3 ptg baru masuh dan di temuduga, pihak Astro Awani memang mencari pekerja. tetapi mencari seseorang yg tahu dalam bidang graphic web design. pp takda skill tu, tapi mereka kata tak mengapa, mereka boleh bagi training. jadi mereka ingin kan keputusan pp samada setuju dengan tawaran berikut atau mcm mane.

kalau pp terima pp akan dapat skill baru untk buat website, tapi pp tak dapat perform kreativiti di dalam company sebab di Astro Awani kurang memerlukan kreativiti. Dan lagi pon pp lebih kepada art, mereka takut pp merasa rugi jika terima di situ, jadi mereka nak kepastian daripada pp.

ape pun, ia satu pengalaman menarik untk di interview. . jd sesiapa yg membaca ni ape pandangan anda?

Catatan Popular