25 Oktober 2011 - Pusat Belamiskin

semalam pp teman mak ke Shah Alam, hantar karipap ke pusat bela miskin di seksyen 16 Shah Alam. ade 500 biji karipap di hantar, rasa sardin dan daging. Belamiskin adalah satu pusat makanan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan, disini juga tempat orang-orang yg ingin membantu orang-orang yg memerlukan bantuan. mak akan hantar 1000 biji karipap setiap minggu untk membantu penjual kecil di sekitar Shah Alam untk menjana pendapatan yg lebih, karipap mak boleh di dapati di sana, 1 paket ade 10 biji, kalau beli 3 paket RM10. so dapat kn karipap frozen mak eton di sana ehehehe.

Info:Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan 1 Malaysia merupakan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi makanan bermasak, pakaian dan tuisyen percuma kepada semua golongan yang memerlukan tidak mengira latar belakang kaum dan agama. Pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama “Pusat Makan Percuma” kerana di sinilah pusat penyediaan makanan, pakaian dan tuisyen beroperasi di samping menjadi tempat pentadbiran pertubuhan.

Konsep untuk membuat kebajikan ini adalah hasil cetusan idea oleh pengasas pertubuhan ini sendiri iaitu Encik Mohamad Sauffi bin Hamzah. Beliau merupakan seorang bekas pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan kini merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau mengeluarkan modal sendiri untuk pertubuhan ini atas tujuan beramal dan membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Tidak seperti pertubuhan yang lain, keunikan yang ada pada pertubuhan ini adalah hasil gabungan tenaga yang terdiri daripada ahli keluarga pengasas sendiri dan juga pembantu-pembantu serta sukarelawan-sukarelawan yang lain.

Pertubuhan ini bercadang untuk membuka banyak lagi cawangan bagi usaha untuk menangani kemiskinan dan juga membela nasib golongan yang memerlukan terutama golongan warga emas dan golongan kanak-kanak.

20 Oktober 2011 - Cari Kerja Di Internet


Sambil - sambil duduk berchating dengaan kawan di internet gatal - gatal kn tangan click - click peluang pekerjaan dala internet ni, tiba masa cari kerja untk menyara keluarga. yer la nak bagi adik belajar pulak lepas ni. sape lagi kalau bukan pp nak bntu die selain mak.

Setakat ni baru hantar resume kat 2 tempat, astro dan karangkraf. haha 1st time anta resume. pasni click - click lagi dan cari lagi, sambil - sambil tu kene la sedia untk interview mne tau kn (berangan lebih)

Setakat ni pp tak penah ada pengalaman bekerja pon lagi, cakap pasal keje ni, ape yang lawak nyer pp pnah kejer kar econsave sebelom ni 4 ari jer haha sebab x larat la jaga bahagian frozen tu. Boleh mati katak kat lam tu, dh la sejuk giler.pastu keje kat pizza hut 1 hari ja =.=! Keje sehari dapat apron trus tak datang lagi haha sengal tak sengal.

Ape pon lepas ni harap pp dapat la satu keje yang sesuai dengan pp. Harap - harap dapat la keje cepat sikit, da kematu duduk kat rmah lama- lama haha. da masuk 3 bulan duduk saja di rumah sebab bulan pertama tu bulan puasa, tolong mak berniaga, bulan kedua hari raya so 1 bulan tu mood raya, bulan ke tiga ni takde sebab lak nak lepak2 lagi haha.

19 Oktober 2011 - Good Friend

walau pon pp xde ramai kawan, tp pp tetap happy dengan kawan2 lama skolah dulu. kawan2 sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menegah dan kawan universiti tettap mengingat pp. tambahan pula kini pp berkawan dengan kawan2 di internet yang sangat caring dan seronok la bila berborak, macam2 hal. walau pon tak pernah bertemu tapi rasa da macam kenal lama,

Happy dapat bertemu balik kawan-kawan sekolah rendah di facebook, harap 1 hari boleh jumpa face to face lagi.pelbagai gelagat mereka yang x dapat lupa, tapi kini da berubah semuanya, yang gemok da kurus, yang comot dah lawa, yang lemah lembut dah kasar hehe. ape pon korang memang kwn terbaik hingga kini. keep in touch

kawan sekolah menengah sekarang semua sedang sibuk dengan hal masing - masing tinggal la pp sendiri kat rumah tak cari lagi keje haha, takde kawan nak lepak da. lagi pon kawan sekolah kurang. pp plak jenis susah nak gaul sngt, lepak pon kurang hehe terperap jer la kat rmah, ape pon thanks pada kawan-kawan.

kawan2 di u plak semua jauh- jauh haha , bley caht melalui tnet jer la. foreiner jer bnyk kan, yang dekat pon kat shah alam, ntah ape adie buat , same mcm pp kot, syakira n jason always my good friends :) miss them

kawan tnet, baru-baru ni ade chat di sebuah chat room , all friend soo friendl :) happy sngt dapat kwn baru, so kind harap dapat jmpe dorng hangout.. kepada die tu yg baik ngn pp thanks buat pp happy :)

Catatan Popular