25 Oktober 2011 - Pusat Belamiskin

semalam pp teman mak ke Shah Alam, hantar karipap ke pusat bela miskin di seksyen 16 Shah Alam. ade 500 biji karipap di hantar, rasa sardin dan daging. Belamiskin adalah satu pusat makanan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan, disini juga tempat orang-orang yg ingin membantu orang-orang yg memerlukan bantuan. mak akan hantar 1000 biji karipap setiap minggu untk membantu penjual kecil di sekitar Shah Alam untk menjana pendapatan yg lebih, karipap mak boleh di dapati di sana, 1 paket ade 10 biji, kalau beli 3 paket RM10. so dapat kn karipap frozen mak eton di sana ehehehe.

Info:Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan 1 Malaysia merupakan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi makanan bermasak, pakaian dan tuisyen percuma kepada semua golongan yang memerlukan tidak mengira latar belakang kaum dan agama. Pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama “Pusat Makan Percuma” kerana di sinilah pusat penyediaan makanan, pakaian dan tuisyen beroperasi di samping menjadi tempat pentadbiran pertubuhan.

Konsep untuk membuat kebajikan ini adalah hasil cetusan idea oleh pengasas pertubuhan ini sendiri iaitu Encik Mohamad Sauffi bin Hamzah. Beliau merupakan seorang bekas pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan kini merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau mengeluarkan modal sendiri untuk pertubuhan ini atas tujuan beramal dan membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Tidak seperti pertubuhan yang lain, keunikan yang ada pada pertubuhan ini adalah hasil gabungan tenaga yang terdiri daripada ahli keluarga pengasas sendiri dan juga pembantu-pembantu serta sukarelawan-sukarelawan yang lain.

Pertubuhan ini bercadang untuk membuka banyak lagi cawangan bagi usaha untuk menangani kemiskinan dan juga membela nasib golongan yang memerlukan terutama golongan warga emas dan golongan kanak-kanak.

3 ulasan:

  1. syukur alhamdullah..moga dimurahkan lagi rezeki dan dilimphkan nikmat yang tak pernah putus..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..insyaAllah niat baek mak ngn pp mucuk akan dibls baek oleh Allah...yg penting ikhlas n x mudah putus ase k..ap sentiase sokong pp k..(smbl dgr dmasiv merindukanmu)hehe

    BalasPadam
  3. hehehe yer la ap pp pon dgr lagu tu gak :p

    thanks im..

    BalasPadam

Catatan Popular