Mendaki : Bukit Broga, Semenyih

Permandangan panorama di puncak kedua Bukit Broga

perjalanan ke puncak ke-3
Bukit Broga, juga dikenali sebagai Bukit Lalang yang dipenuhi lalang yang tinggi di puncaknya. Ketinggian bukit ini lebih kurang 400 meter dari paras laut. Bukit ini terletak di Semenyih iaitu 40 minit dari Kuala Lumpur. Dari simpang Universiti Nottingham terus saja sehingga pintu masuknya bermula di ladang kelapa sawit berdepan dengan Rabbit Fun Land. Dengan pemandangan yang sangat cantik di puncaknya, bukit ini bukan sahaja menjadi tarikan orang tempatan malahan pengunjung dari luar negara. Pemilik ladang kelapa sawit di pintu masuk Bukit Broga menyediakan tempat letak kereta, hanya RM2 sahaja fee untuk sebuah kenderaan, ada juga stall kecil menjual makanan breakfast.

Pendakian Bukit ini tidak la sukar dan tidak juga senang, ia sangat bersesuaian untuk pendaki yang baru. Tempoh pendakian adalah lebih kurang 20 hingga 45 minit untuk sampai di puncak tertinggi. Ada 3 puncak keseluruhan. anda boleh berehat di puncak pertama dan kedua. Masa terbaik untuk mendaki adalah jam 5.45 pagi supaya anda dapat melihat keindahan mata hari terbit di puncak.

Dari pada pandangan puncak, pengunjung dapan melihat bentuk muka bumi yang indah di tutupi hutan, ladang kelapa sawit, perkampungan dan pekan-pekan kecil. Kita juga dapat lihat kabus putih yang menyegarkan seperti permaidani menghiasi lanskap yang hijau.

Permandangan sekitar 7 pagi
Pada 12 Ogos 2016, saya dan adik saya pergi mendaki bersama. ini adalah pendakian kami yang pertama. Pengalaman yang sangat mencabar untuk kami kerana belum pernah mendaki bukit. Beberapa kali kami berhenti berehat. yang paling best tak ada nyamuk pun di sini. Kami mula mendaki agak lewat sekitar 7 pagi dan sampai di puncak pertama pada pukul 8 pagi. Pada hari itu tidak ramai pengunjung kerana kami daki pada hari Jumaat. Dengar kata, pada hari Sabtu dan Ahad sangat sesak sehinggakan tidak ada parking.

  
Gambar Kiri : Di kaki bukit sebelum sampai di puncak pertama
Gambar Tengah : Adik posing di celah2 lalang
Gambar kanan : Jejaka kacak posing di celah2 lalang

Sebelum sampai di puncak ketiga ade 1 batu besar di mana kebanyakan pengunjung akan tinggalkan kesan contengan mereka di atas batu itu. Hasilnya sangat menarik dan cantik jika lelaki kacak macam saya posing di sana hihi.
Lelaki kacak posing
Akhirnya kami berjaya sampai kepuncak ketiga, di sini penuh dengan batu2 besar. Pengelihatan agak terbatas kerana telindung dengan batu.

Puncak Ke-3 Bukit Broga
permandangan puncak ke3

Selepas berehat beberapa minit di puncak, kami turun semula ke kaki bukit pada jam 10.30am. Semasa turun bukit perlu berhati-hati dengan kecuraman bukit lebih-lebih lagi di puncak pertama. Apa pun ini adalah pengalaman yang menarik untuk kami. Kepada yang ingin mencuba, bawa air mencukupi, bawa tuala kecil untuk lap peluh dan jangan buang sampah merata-rata di atas tu nanti. Selamat Mencuba.

1 ulasan:

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    BalasPadam

Catatan Popular